Sunday 31 October 2010

Ingatlah Wahai Kawan kawan

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
-pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu)
- suka berangan angan kosong
- tamak
- bakhil
- suka pada pujian
- riak atau sombong
- ujub (merasa kagum)/takbur
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- suka akan dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih dari kotoran
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan tidak berdusta
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

*************************************************************************************************
10 LALUAN

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )


LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala


LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri


LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah


LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat


LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia


LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram


LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram


LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk


LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW


LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya.
Dah tu,ape lagi... Komenlah Cepat!!:P

Wednesday 20 October 2010

Terima Keputusan Di Hadapan Jenazah Ibu

Nov 20, 09 4:10pm

Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima
keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior,Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah
ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata
kepada Bernama.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri
bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan
RM500 sebulan.

April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan
(UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April
lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama
Dah tu,ape lagi... Komenlah Cepat!!:P

Saturday 16 October 2010

Kawan

1) Kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar... dah dapat sepak...

2) Kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

3) Kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) Kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5) Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) Kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde...hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak sikit, jual.. ambik kereta baru..

8) Kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..

9) Kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik.

10)lagi ......kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA... bila saya tulis blog awak akan baca blog saya dgn teliti sampai habis....dan tersenyum2...

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.

Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)
Dah tu,ape lagi... Komenlah Cepat!!:P

Friday 15 October 2010

Cikgu Azmir

Cikgu ni memang baik....
ni lah aku nak cite...
cikgu ni suka wat lawak...
dia guru kh+disiplin. cikgu ni memang spoting...
nak wak tepon pun oleh...
sebelum upsr pun dia wat jualan walaupun ramai guru yg x setuju because keputusan Periksa pertengahan tahun merosot....
kalau aku ada masalah pun aku ngan aina gi jumpa dan mendapat petua dan ceramah drpd dia...
walaupun hal peribadi pun aku kasi tau...
dia juga guru silat...tulah yg pandai gi ceramah tu....
masa 9/10 pun dia wat umah hantu...
aku jadi kaunter duit adalah jugak jadi teman budak yg masuk umah tu...
ada macam2 hantu.langsuir,pocong,ju-on...hai macam2 lah..
kenapa aq cite pasal hantu lak...?
dah la...nakgi keluar dah ni ok...
waassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
Dah tu,ape lagi... Komenlah Cepat!!:P

Thursday 14 October 2010

Melawat Kilang Proton Tg.Malim

Fuh... Seronok gila pergi kilang proton .Bukan senang nak masuk kat kilang tu...
kat situ ada 4 bhg...STAMPING,PAINTING,BODY ASSEMBLY and T & F.TAPI 3 BHG JE....seronok...situ ada 190 robot nak wat kereta...fuh...
bila terfikir balik,kalau robot yang buat,baik orang proton x yah keje...
tapi x elok makan gaji buta...
itu je nak cite balik tu kita org gi koperasi...beli macam2..ada cikgu rohani beli siap topi,beg baju dgn semuanya sekali untuk anak 2 diaorang ...
mak siapa x sayang anak...
kawan aku sorang tu beli air 100 plus pastu minum than...
tgh lagi sikit tu,dia gi goncang air tu pastu minum...wat 2 lah mabuk nyanyi lagu ABC dalam bas lagi tu...
aku pikir org gila tgh nyanyi punya kawan aku...terkejut sambil mengucap lagi tu...biasa la org kuat iman...
ucapan terakhir
I HOPE I CAN GO AGAIN AT THE FACTORY OF PROTON TG.MALIM
speaking entah betul tidak...
Dah tu,ape lagi... Komenlah Cepat!!:P

Wednesday 13 October 2010

Barang aku...

Ya Allah... Apa nak jadi ni.rumah aku dah dimasuki pencuri.phone aku,sampai duit yg seringan ringannya pun nak dicurinya.komputer pun sekali...aku mohan padamu utk mendapat balik hartaku itu.aku rasa ia berpunca drpd kelalaian aku sekeluarga...
kawan 2 yg dhormati, ambillah pengajaran drpd kisah ini.....
Doakan semoga pencuri itu maendapat azab didunia dan diakhirat....
Dah tu,ape lagi... Komenlah Cepat!!:P